Monday, May 11, 2009

BUAT SAHABAT-SAHABAT SEJATI..

Untungnya Orang Bercinta.
Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat
perhatian,cinta dan kasih sayangNya.
 Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya,
seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya.
Dia menjadi kekasih  Allah manakala orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula.
 Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi.
Di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang abadi.
Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan Tuhan yang Maha Pencinta itu. 
 Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta. 
Agar cinta kita berbalas, bercintalah denganNya,Tuhan yang Maha
Pencinta itu dengan curahan cinta agung. 
Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya.
 Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati balasan cintaNya.
 
Rasulullah pernah bersabda :-
Cintailah sesuatu itu sekadar saja.
Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika
 Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja..
berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada  suatu ketika.
 
kias_fansuri

No comments: